YB Amira Aisya dilihat berada di Kota Bharu.
- fahmi mohamood
- May 26, 2022
- 1 min read
Ditulis oleh Ikmal Fahmi.
26 Mei 2022.

ADUN Puteri Wangsa yang baru dilantik, YB Amira Aisya telah membuat lawatan 2 hari ke Kelantan pada 25 dan 26 Mei lalu. Beliau adalah satu-satunya calon MUDA yang memenangi satu kerusi semasa Pilihan Raya Negeri Johor awal tahun ini. Beliau ditemani oleh Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long. Semasa lawatan ini, beliau telah disambut oleh Yang Dipertua MUDA Kelantan, Badzlan Bakar dan beberapa ahli jawatankuasa eksekutif MUDA Kelantan.
Ahli politik berusia 27 tahun itu mengadakan sesi ramah mesra dengan penunggang penghantaran makanan tempatan daripada ODA Makan dan Grab di Nasi Royale KB. Beliau meneruskan lawatannya pada keesokan harinya dengan bersiar-siar di sekitar Pasar Siti Khadijah untuk beramah mesra dengan penduduk setempat. Pasukannya dijangka melawat Terengganu selepas berada di Kelantan.
Comments