Video Viral Terminal Bas KB Kebudak-budakan. - PAS
- fahmi mohamood
- May 31, 2022
- 1 min read
Ditulis oleh : Ikmal Fahmi
Tarikh : 31 Mei 2022

Foto ; YB Amira Aisya semasa membuat lawatan ke Kota Bharu.
Sebuah video TikTok yang tular mengenai Terminal Bas Kota Bharu yang dimuatnaik oleh Luqman Long, Ketua Penerangan Parti MUDA mendapat perhatian Parti Se-Islam Malaysia (PAS). Akhbar rasmi parti politik tersebut iaitu Harakah Daily mengutuk tindakan ADUN Puteri Wangsa (Johor), Amira Aisya Abd Aziz dan Luqman Long membuat video 'review' Terminal Bas Kota Bharu yang didakwa memperlekeh dan memburuk-burukkan negeri Kelantan.
DI dalam video berdurasi 1 minit 13 saat itu, Luqman Long dan beberapa orang termasuk YB Amira Aisya menunjukkan keadaan terminal bas tersebut yang daif. Video tersebut menerima 18600 suka, 1965 komen dan 1302 perkongsian semula.
PAS juga mendakwa tindakan memuatnaik video tersebut sebagai kebudak-budakan dan menyerupai cara berpolitik DAP. Walaubagaimanapun, PAS berterima kasih kepada YB Amira Aisya atas kesudian bertandang bandar raya Kota Bharu dan mereka amat mengalu-alukan untuk menikmati segala yang ada di Kelantan. ADUN Puteriwangsa itu juga diingatkan untuk mengambil perhatian terhadap isu setempat di Johor bukannya menjaga tepi kain negeri lain.
Video : Luqman Long's TikTok
Comments