Mahasiswa pemelihara warisan, budaya peranakan cina kelantan.
- fahmi mohamood
- Aug 26, 2022
- 2 min read
Updated: Aug 27, 2022
Ditulis oleh : Ikmal Fahmi
Tarikh : 26 Ogos 2022

Sukarelawan-sukarelawan mahasiswa berpakaian pakaian peranakan cina kelantan semasa Majlis Perasmian Festival Warisan Seni Budaya Peranakan Cina Kelantan 2022.
Hampir 20 orang mahasiswa dari seluruh Malaysia secara sukarela menjayakan Festival Warisan Seni Budaya Peranakan Cina Kelantan 2022. Festival ini berlangsung dari 19 Ogos sehingga 21 Ogos 2022 di Perkarangan Galeri Cina Peranakan Kelantan dekat Tanah Merah,Kelantan. Antara aktivitiyang berlangsung ialah pembuatan 10 000 kuih tradisional cina iaitu tao bao. Ada juga pertandingan dikir barat, pertandingan ratu kebaya, pertunjukan wau sobek, pertunjukan dikir barat dan persembahan wayang kulit. Festival ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha,Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Persatuan Peranakan Cina Kelantan (PPCK) amat mengalu-alukan penglibatan sukarelawan mahasiswa dalam aktiviti-aktiviti pra-festival, semasa dan paska-festival. Pengalaman terlibat dalam libat urus program sebesar ini mampu digunapakai oleh mereka pada masa hadapan. Sukarelawan mahasiswa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Komuniti ini bermalam di sana selama 3 hari 3 malam untuk menjayakan festival ini.

Wee Khai Nern, mahasiswa dari UUM mengemukakan soalan kepada ahli-ahli panel semasa Sesi Perkongsian Sejarah dan Warisan Cina Peranakan Kelantan.
Mereka sempat mengikuti Sesi Perkongsian Sejarah dan Warisan Cina Peranakan Kelantan yang dikendalikan Oleh Dr Eyo Leng Yan dan panel-panel jemputan Dr. Pue Giok Hun, Dr.Ng Siew Feon dan En. Lim An Tong. Sesi ini membuka mata mahasiswa cina peranakan kelantan tentang tanggungjawab besar mereka untuk memelihara identiti, warisan, dan budaya mereka. Dr.Ng Siew Feon dari Fakulti Bahasa dan Pembangunan Insaniah, UMK menyeru agar mahasiswa peranakan cina kelantan untuk berbangga dengan identiti mereka. Mereka juga disaran agar melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat melambatkan kepupusan identiti peranakan cina kelantan seperti forum ilmiah dan kempen melalui sosial media yang relevan dengan golongan belia.
Comments